Rancangan Perniagaan Butik

Posted on
Contoh

Laily Afiza Abu Bakar (kiri) lebih gemar berbincang sendiri dengan pelanggan yang datang ke butiknya. SELEPAS berhenti kerja sebagai penyelaras projek dengan sebuah syarikat kontraktor bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Laily Afiza Abu Bakar, 38, berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan.

Rancangan Perniagaan Butik Tudung

Rancangan perniagaan kedai makanan

Bagaimanapun, beliau tidak tahu perniagaan apa yang boleh dijalankan kerana dalam fikirannya harus mencari sebuah perniagaan yang selamat dan tidak 'mati'. Mulanya beliau terfikir untuk membuka sebuah restoran, namun perniagaan makanan ini baginya amat memenatkan dan jumlah jam kerjanya lebih panjang. Perniagaan kedua pula berkaitan dengan perkahwinan yang dirasakan sesuai kerana ia sentiasa 'hidup' dan setiap masa akan ada orang yang akan berkahwin. Laily mencari suatu perniagaan yang sentiasa aktif dan tidak bermusim. Ibu kepada tiga orang anak yang berumur antara 17 hingga lima tahun itu, kemudian membuka Butik Chantek, sebuah butik dan juga perancang perkahwinan. Kini setelah 10 tahun beroperasi, butiknya semakin berkembang dan menjadi pilihan ramai bakal pengantin termasuk selebriti serta artis tempatan. Memilih Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor, sebagai lokasi butik, memberikan satu kelebihan kepada Lily kerana lokasi ini merupakan sebuah pusat tumpuan fesyen dan mudah untuk mendapatkan pelanggan dari kawasan kejiranan, malah ada yang datang dari Kelang, Kuala Lumpur, Seremban dan sebagainya.

“Sebelum memulakan perniagaan ini dahulu saya langsung tidak ada pengalaman mengenai perniagaan butik perkahwinan, tetapi saya kerja keras dan buka hati untuk belajar apa sahaja perkara baru. “Alhamdulillah, sekarang perniagaan saya ini boleh dikatakan berjaya,' katanya. Seperti butik perkahwinan yang lain, Laily turut menyediakan beberapa kemudahan mengadakan majlis perkahwinan seperti pelamin, dekorasi, katering, khemah, baju pengantin, jurusolek dan cenderahati untuk tetamu.

Kata beliau, pada masa kini, selain mengadakan majlis di rumah, ramai yang mahu mengadakan majlis di dewan atau hotel. Harga bagi pakej majlis yang diadakan di rumah bermula daripada RM3,500 termasuk pelamin dan sepasang baju untuk pengantin lelaki dan perempuan. Sementara bagi pakej yang diadakan di dewan pula bermula daripada RM7,000 termasuk pelamin dan sepasang baju.

Bagi pakej keseluruhan pula beliau mengenakan harga bermula RM38,000 untuk seramai 1,000 orang tetamu. Bagi mereka yang ingin menempah pakej keseluruhan, dinasihatkan menempah enam atau tujuh bulan lebih awal sebelum majlis diadakan supaya persiapan dapat dilakukan dengan lebih teliti.

“Paling cepat pun saya terima ialah tempoh empat bulan kerana saya tidak mahu membuat sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa kerana yang penting ialah kepuasan pelanggan dan kualiti,' jelas Laily. Mengenai rekaan pelamin yang sentiasa berubah, tambah Laily, sebagai seorang perancang dan pemilik butik perkahwinan, harus peka dengan perubahan semasa dan kehendak pelanggan. Katanya, dalam tempoh satu tahun akan berlaku dua kali perubahan terutama dari segi rekaan pelamin dan dekorasi majlis. “Orang sekarang sukakan baju pengantin, pelamin dan dekorasi majlis yang berkonsep moden dan vintaj. Rekaan tradisional sudah berkurangan. Paling orang suka ialah yang ringkas tetapi cantik.

“Begitu juga dengan fesyen baju pengantin di mana pengantin kini tidak suka memakai baju yang dibuat daripada fabrik renda sepenuhnya. “Bagi menghasilkan rekaan terkini yang menjadi permintaan pelanggan, saya mempunyai pekerja tetap dan beberapa pereka yang terdiri daripada pelajar jurusan fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). “Fabrik syifon, duchess, net dan sutera satin paling cantik untuk dibuat baju pengantin. Perincian seperti manik mutiara, kristal, jemeki dan manik-manik berkilat serta tampalan renda berkualiti menambah cantik pada baju pengantin,' kata Laily yang baju pengantin rekaan butiknya pernah dipakai oleh penyanyi,Tomok.

Tambah beliau, warna putih menjadi warna biasa yang dipilih oleh ramai pengantin selain warna kuning champagne, biru terang, biru lembut, hijau, merah samar, ungu dan pic. Namun ada juga yang memilih warna-warna yang pelik untuk pengantin seperti hitam, merah menyala atau warna-warna yang terlalu menonjol.

Bagi anda yang ingin mendapatkan khidmat daripada Butik Chantek, boleh menghubungi Laily melalui instagram boutiquechantek. Kongsi Konten di.

1.PENGENALAN 2.TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN 4. RANCANGAN ORGANISASI 4.1 Carta organisasi 3.

Rancangan Perniagaan Butik Pdf

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN PEMBENTANGAN RANCANGAN PERNIAGAAN MARYNEE ENTERPRISE 3.2 Maklumat perniagaan 3.3 Maklumat usahawan Syarikat Marynee Enterprise adalah perniagaan milikan tunggal. Secara rasminya pada 24 april 2013 yang beralamat di kampung sileng melayu, 94500 lundu. Perniagaan ini member perkhidmatan menjahit pakaian kepada pelanggan.

Perniagaan ini menerima tempahan menjahit pelbagai fesyen pakaian untuk semua golongan agar dapat di sesuaikan dalam sebarang majlis dan situasi. Tempahan yang di terima seperti baju kurung, kurung moden, dress dan pakaian kanak-kanak. Rancangan perniagaan ini disediakan untuk a)Memohon pinjaman kewangan daripada institusi kewangan. B)Menjadi garis panduan dalam mengurus perniaga 3.1 Pendahuluan a) Nama perniagaan -Marynee Enterprise b) Jenis perniagaan -Jahitan c) Lokasi perniagaan -kampung sileng melayu, lundu d) Tarikh memulakan peniagaan -24 april 2013 a) Nama perniagaan -Marynee Enterprise b) Alamat perniagaan -No 6, kampung sileng melayu,94500 lundu, Sarawak.

C) Nombor telefon -0 d) Bentuk perniagaan -Milikan tunggal e) Aktiviti utama -perkhidmatan menjahit pakaian f) Tarikh memulakan perniagaan -24 april 2013 g) Tarikh perniagaan didaftarkan -24 april 2013 h) Nombor pendaftaran perniagaan -LDU/KB 2013037 i) Modal perniagaan -Rm 14 000 a)Nama penuh - Marini binti Matnoh b) Nombor kad pengenalan - 7411 c) Alamat tetap - No 6 kampung sileng melayu, 94500 lundu, Sarawak. D) No telefon - 019 – 8652688 e) Tarikh lahir -14 Nov 1974 f)Umur - 40 tahun g) Kelulusan akedemik - SPM JAWATAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS -Merancang dan mengurus perniagaan agar perniagaan berjalan dengan lancer -Mendraft pola PEKERJA 1 -Mengunting Fabrik -Menjahit pakaian PEKERJA 2 -Membantu membersih dan mengemas kedai -Menerima tempahan -Juru wang.